Tuesday, March 29, 2011

ASMARA 2

Cintaku tiada henti buatmu
Drama Asmara 2 terbitan Suhan Movies ini bakal ditayangkan dalam 13 episod dan dijayakan oleh pelakon yang kebanyakannya masih kekal antaranya; iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani serta dibantu oleh pelakon/watak baru seperti Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen), drama ini merupakan lanjutan daripada musim pertama.
drama asmara 2
Jalan cerita (sinopsis) untuk musim ke-2 ini lebih kurang untuk merungkai rahsia “kematian” Zaliya dan kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati. Dalam musim sebelumnya, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).
Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.
Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.
Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?
Untuk mengetahui jawapannya, jangan lupa tonton drama tersebut di kaca TV anda (atau boleh juga tonton online di tonton.com.my)

Japanese Iron Samurai Led Watch


Buy one for u and your lover a 'Coolest LED Watch' @ only RM160 a couple set.

Apa itu facebook?



Facebook sudah lama bertapak di arena internet. Itulah dunia komputer dan internet,saban hari ada saja ilmu dan teknologi baru diperkenalkan sehingga kita sendiri tidak mampu untuk mengikut jejaknya.
Apa itu Facebook ? Facebook merupakan salah satu website sosial secara online melalui internet yang mana kita dapat membentuk komuniti dan mengundang kawan-kawan untuk menyertainya. Dengan komuniti yang kita bentuk,kita dapat mengikuti perkembangan semasa kawan-kawan,berkongsi gambar,berkongsi video dan sebagainya. Selain itu dengan adanya Facebook dapat mempromosi lamaweb/blog kepada kawan-kawan yang ada dalam komuniti yang kita tubuhkan.Tapi harus di ingat , sekiranya kita menggunakan apa-apa perkhidmatan secara online,jangan terlalu percaya dengan mengisi maklumat yang terlalu peribadi dikhuatiri sesuatu buruk akan berlaku. :-)



Monday, March 28, 2011

Aku Rindu Zaman Ini.

Enam Atas Geografi
Enam Atas Ekonomi
Rakan sekelasku dalam bidang bangunan di Fakulti Senibina,perancangan dan ukur,UiTM

Terima Kasih, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Aku rindu zaman ini dan aku rindu semua kawan-kawanku. Tapi kini, semua dengan haluan masing-masing. Ada yang sudah kahwin dan mempunyai anak, ada yang masih bujang dan ada juga yang tidak dapat dijejak.
Buat semua kawan-kawan yang mengenaliku, kalau ada peluang, InsyaAllah kita akan berjumpa semula. Terima kasih buat semua kerana sudi menjadi sahabat dan banyak membantu semasa bersama. Maafkan semua kesalahan sekiranya sepanjang persahabatan banyak kesilapan berlaku. Zaye luv u all...muuaahhh..


Cerpen "Nasinya tumpah"

Pernakah kamu membaca cerpen @ cerita pendek. Cerpen apa yang paling kamu ingat? Bagi saya..cerpen 'Nasinya tumpah' oleh Fatimah Busu betul-betul saya ingat sehingga sekarang. Cerita yang menyentuh hati dan rasanya cerpen ini pernah dibuat drama dalam sekitar tahun 80-an.
SINOPSIS NASINYA TUMPAH-
 
Dalam cerpen ini, watak utama JARAH anak kepada SUDIN dan HALIMAH. JARAH, kakak kepada ZABIDAH, BEDOLAH dan HANI. Diceritakan mereka ini daripada keluarga petani yang menjual hasil tanaman seperti pisang benggala, buah jering, bunga melur dan bunga cempaka, ubi, buah sawa dan buah jambu. 
Pagi-pagi lagi emak dan ayahnya ke pasar menjual hasil tanaman. Jarah dipertanggungjawabkan untuk memasak dan menjaga adik-adiknya. Jarah berumur 13 tahun dan sudah tidak bersekolah. Begitu juga dengan adik-adiknya.


Setelah memasak nasi untuk makan tengahari, JARAH membawa adik-adiknya untuk menjemur padi bagi memudahkan kerja ibu bapanya walaupun tidak disuruh. Dalam perjalanan menuju tempat jemur padi, JARAH dan adik-adiknya terjumpa KULAT KAKI TIUNG dan mengambil keputusan untuk menjemur dahulu padi sebelum mengutip kulat-kulat tersebut untuk dijadikan lauk makan tengahari. Setelah selesai menjemur padi, mereka pun mengutip kulat-kulat tersebut dengan gembira.


Setiba mereka adik-beradik di rumah. JARAH membahagi-bahagikan kerja kepada adik-adiknya, dan mulai memasak kulat tersebut. Mereka makan setelah JARAH siap memasak.


BEDOLAH yang gemar kulat mencedok sebanyak-banyaknya ke nasi sambil diperhatikan ZABIDAH yang meradang. JARAH menasihati BEDOLAH agar mengambil sedikit dahulu, bila ZABIDAH rasa JARAH berpihak padanya, dia merebut senduk dari BEDOLAH. BEDOLAH mengelak. Ketika itulah JARAH menyergah kedua-dua adiknya dan menyebabkan pinggan nasi BEDOLAH terjungkit kerana tertekan ZABIDAH yang terkejut. Nasi BEDOLAH dan lauk kulatnya tumpah ke bawah rumah dan dimakan oleh itik-itik dan ayam-ayam SUDIN.


BEDOLAH yang marah membaling senduk hingga kena kepala ZABIDAH. JARAH yang hilang sabar memulas telinga BEDOLAH menyebabkan BEDOLAH lari keluar. JARAH dan adik-adiknya makan tanpa mempedulikan BEDOLAH kerana pasti dia akan berhenti juga.


Setelah makan, JARAH mula menidurkan adiknya HANI. ZABIDAH pula mengemas dapur. . Mulanya ZABIDAH muntah dan tergolek di dapur. Tidak lama kemudian HANI muntah-muntah juga, daripada nasi dan kulat yang tidak hadam hinggalah muntah darah. Begitu juga ZABIDAH. JARAH yang panik hendak bangun mengambil air untuk adik-adiknya, dia mula terasa loya dan termuntah:


“Tangan JARAH belum dapat mencapai gayung. Dadanya mulai membara. Loya dan mual. Jarah mulai muntah. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat kali Jarah terduduk. Hani terjelepuk atas pahanya. Jarah muntah lagi. Muntah lagi. Jarah merasa sudah tidak ada tenaga lagi walau untuk mengangkat seruas jari. Lemah tubuhnya. Muntahnya memercik ke kepala Hani. Nasi dalam perutnya sudah keluar. Berlambak atas lantai buluh. Jatuh bawah rumah. Dimakan ayam dengan gegak. Dimakan itik dengan riuh rendah.


“Mak…


Suara Zabidah tersekat. Hani sudah lembik terkulai. Zabidah sudah tidak minta air lagi. Badan Jarah bergoncang setiap kali muntah. Muntah itu sudah tidak nasi lagi.,..


Jarah tersembam atas lantai buluh…..


Ms 121-122, Nasinya Tumpah-Fatimah Busu, Dewan Masyarakat 1972.dlm Suara Semusim.DBP.1974.






Seterusnya, SUDIN dan HALIMAH yang pulang disambut oleh tragedi kematian ketiga-tiga anak perempuannya, kecuali BEDOLAH yang nasinya tertumpah. Begitu juga dengan lima ekor ibu itik, empat ekor ibu ayam dan tiga belas ekor anak-anak ayamnya telah mati termakan kulat yang tumpah ke tanah.


“Kebun getah itu baru saja dibubuh racun lalang!” kata Pakcik Isa


“Nasib baik nasi Bedolah tumpah….”balas Tuk Hassan


“Pekerjaan Tuhan semuanya. Kalau sudah hendak rugi lari dalam peti besi pun rugi juga.”


Malam itu, jendela rumah keluarga miskin itu tidak bertabir. Malam itu ruang rumah petani miskin yang malang menciumi asap kemenyan dalam dupa maut.


Ms 124, Nasinya Tumpah-Fatimah Busu, Dewan Masyarakat 1972.dlm Suara Semusim.DBP.1974