Saturday, November 27, 2010

Kisahku 26.11.2010

Agak lama juga aku tidak melayari blogku in. Ada cerita yang mungkin tidak ku lupakan sepanjang hari jumaat ni. Sewaktu lunch hour aku dan kawan-kawan ofiz ku makan kfc di 1B. Biasa lah, hari jumaat. Walaupun perut ku tidak lapar sangat, aku tetap beli juga tapi set Jom Jimat la. Cumanya,aku x berminat untuk minum air berkarbonat. Aku tanya la cashier tu boleh tukar air ke tak? kalau boleh aku berminat dengan teh 3 lapis tu. Dia kata boleh tapi kena charge RM1. Aku ok je la. Sampai di meja makan tu,aku
berfikir?? betul ke? Aku pun memanggil salah seorang staff yang bertugas di luar (kemas2 meja). Dia jumpa cashier tu,pastu dia datang semula bawa segelas air karbonat. Bukan itu yang aku mahu sebenarnya. Dia ingat aku ni apa..boleh sumbat 2 gelas air. Supervisor dia pula boleh cakap..kalau mahu tukar minuman tetap kena charge harga penuh set jom jimat tu dan harga penuh minuman yang kita nak tukar. Aik??? itu bukan tukar namanya,itu tambah. Dah nampak sangat staff dia buat silap tapi tak reti nak minta maaf tetap juga seolah-olah mereka tu tak silap. siap supervisor dia boleh kata 'kalau nak bayar balik guna duit saya pun tak apa, saya tak kisah'. Bukan la aku berkira sangat nak tuntut RM3.20 tu tapi aku cuma nak tegakkan hak aku sebagai pengguna. Begini kah cara mereka layan pelanggan pada hal semua tu berpunca dari kesilapan mereka sendiri. Lucu..harga set jom jimat tu kena bayar RM9.60..seketul ayam,nasi dan air. Air tu RM3.20..jadi jom jimat yang seketul ayam dan nasi tu berapa agak-agaknya??

Lain pula cerita dalam anggaran pukul 6 lebih petang. Aku dalam perjalanan balik kampung..tiba-tiba sampai di kawasan Mandahan,sebuah kereta di hadapan aku telah melanggar orang yang berbasikal di tepi jalan. Aku jadi panik dan terus berhenti. Aku berfikir,apa yang perlu aku buat. Aku memang mahu tolong orang tu tapi disebabkan gelap,hujan dan aku seorang diri aku jadi takut untuk turun kereta. Aku panik dan terlupa nombor kereta yang melanggar tu. Aku ambil keputusan untuk mengejar kereta tersebut, bila dah dekat dan nampak nombor kereta tu, aku pun telefon seorang anggota polis yang aku kenal dan terus sebutkan nombor kereta tu. Sebenarnya,ada rasa kesal juga sebab tak dapat tolong orang tadi. Aku berharap, sekiranya mangsa tu masih selamat cepat-cepat la buat laporan polis. Kejamnya orang yang langgar lari tu...

Tuesday, October 19, 2010

Bila cinta didusta
Hati mula gelisah
Hilang kekasih hati
Hidup jadi merana

Insan jadi idaman
Kini dimilik orang
Cinta yang diimpikan
Putus di tengah jalan
Terpaksa mengalah

( 1 )
Mengapa menyinta
Andainya tak setia
Tak usahlah bercinta
Jika hanya berpura
Bila hati dah jemu
Mula berpaling tadah
Tak pernah difikirkan
Orang yang ditinggalkan
Terseksa sayu pilu

( 2 )
Ooo...oo merayu-rayu
Ooo...oo ingin kembali
Ooo...oo meratap sayu
Tidak mungkin orang simpati
Menoleh pun tak sudi

( ulang 2 )

Andainya ditakdirkan
Cintamu didustai
Pastinya kau mengerti
Seksanya perpisahan
Hanyalah penyesalan

Bila terdengar lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan screen ni pagi tadi dalam HotFm Otai, mula la teringat kisah-kisah lama. Bukan nak jiwang cuma sekadar ingin berkongsi. Zaman bujang dulu sudah tentu pernah rasa dikecewakan dan mengecewakan. 
Aku pernah mengecewakan orang tapi langsung tiada niat untuk permainkan perasaan orang. Terlalu awal niat dia melamar menjadikan aku sebagai tunang sedangkan aku masih mahu belajar. Memang dia baik tapi aku terpaksa memutuskan hubungan. Dia buang keegoan lelaki untuk merayu tapi aku tetap dengan ego aku tanpa mendengar rayuan dan langsung tidak memberi dia sedikit ruang untuk berbicara.

Beberapa tahun, aku bercinta dengan orang lain. Selepas itu kami terpisah kerana berada
di negeri yang berlainan. Aku terlalu setia hinggakan tidak memberi ruang kepada lelaki lain untuk mengenali aku. Aku rasakan dia la yang akan menjadi suamiku satu hari nanti. Kepercayaan sepenuhnya & kesetiaan menanti dirinya untuk kami hidup bersama. Dalam 4 tahun aku setia, rupanya aku sudah hilang dari ingatannya. Aku langsung tidak sedar rupanya selama ini aku hanya melayan perasaan aku sendiri. Terlalu sakit untuk aku lalui bila aku dapat tahu dia ada orang lain. Kebetulan ada orang yang berminat dengan aku dan aku terima cintanya sebagai penawar hati. Tapi cinta kami tidak bertahan atas alasan yang sukar diterima. Baru aku rasa betapa sakitnya hati ini bila dikecewakan orang yang betul-betul kita sayangi. (padan muka aku..)

Pintu hati aku tertutup untuk mana-mana lelaki yang ingin bergelar 'kekasihku'. Aku nekad untuk permainkan lelaki, aku bagi harapan tapi tidak pernah sekali aku melafazkan atau menerima 'cinta' mereka. Aku puas hati bila mereka kecewa, hati aku terlalu sakit bila sering dipermainkan. Ya..memang hati aku puas bila mereka kecewa tapi hidup aku tidak tenang. Arghh...abaikan perasaan itu.

Tapi...entah satu hari tiba-tiba hati ini berlainan, perasaan dendam dan sakit hati tu hilang bila ternampak seorang lelaki ini. Aku berubah untuk tidak berdendam pada lelaki. Dipendekkan cerita...lelaki ini telah merubah segalanya dan lelaki ini juga la segalanya dalam hidupku. Hati ini terbuka untuknya dan sentiasa memaafkan kesalahannya sepanjang percintaan kami. Walaupun selepas itu, kami berjauhan dan bermacam-macam dugaan untuk memisahkan kami, kami tetap lalui dengan kesabaran.
Akhirnya..hampir 5 tahun kami bercinta,kami akhiri dengan ikatan perkahwinan.
Kami bahagia sekarang dan kini sudah mempunyai seorang putera yang dikasihi. Dia segalanya dalam hidupku.
Namun aku masih rasa berdosa sehingga hari ini kerana pernah mempermainkan perasaan orang. Aku minta maaf kepada mereka-mereka yang berkenaan. Maafkan aku...

Emm..moral daripada cerita ni, jangan suka permainkan perasaan orang lain nanti kita akan dapat balasannya. Sekiranya kita dikecewakan pula,jangan suka berdendam kerana itu perbuatan yang hina dan takut akan makan diri satu hari nanti. Kita kena terima apa yang terjadi kerana semua ini ketentuanNya. Lalui dengan sabar dan berfikiran positif. InsyaAllah...Semua ini adalah takdirNya. Tuhan dah tentukan jodoh kita. Jangan terlalu kecewa hingga memudaratkan diri kita. :-)


Monday, October 18, 2010

Aku dan diriku

Aku seorang wanita,isteri dan juga ibu. Kini aku sudah di ambang 30an. Masih banyak lagi impian yang belum tercapai...mungkin begini la perjalanan hidupku. Namun aku bersyukur kerana hidupku tidaklah seburuk nasib mereka yang kurang bernasib baik. Pendek kata...dalam hidup ini sentiasa ada rasa bersyukur baru la hidup kita terasa bermakna...tul tak??? hehe