Monday, March 28, 2011

Cerpen "Nasinya tumpah"

Pernakah kamu membaca cerpen @ cerita pendek. Cerpen apa yang paling kamu ingat? Bagi saya..cerpen 'Nasinya tumpah' oleh Fatimah Busu betul-betul saya ingat sehingga sekarang. Cerita yang menyentuh hati dan rasanya cerpen ini pernah dibuat drama dalam sekitar tahun 80-an.
SINOPSIS NASINYA TUMPAH-
 
Dalam cerpen ini, watak utama JARAH anak kepada SUDIN dan HALIMAH. JARAH, kakak kepada ZABIDAH, BEDOLAH dan HANI. Diceritakan mereka ini daripada keluarga petani yang menjual hasil tanaman seperti pisang benggala, buah jering, bunga melur dan bunga cempaka, ubi, buah sawa dan buah jambu. 
Pagi-pagi lagi emak dan ayahnya ke pasar menjual hasil tanaman. Jarah dipertanggungjawabkan untuk memasak dan menjaga adik-adiknya. Jarah berumur 13 tahun dan sudah tidak bersekolah. Begitu juga dengan adik-adiknya.


Setelah memasak nasi untuk makan tengahari, JARAH membawa adik-adiknya untuk menjemur padi bagi memudahkan kerja ibu bapanya walaupun tidak disuruh. Dalam perjalanan menuju tempat jemur padi, JARAH dan adik-adiknya terjumpa KULAT KAKI TIUNG dan mengambil keputusan untuk menjemur dahulu padi sebelum mengutip kulat-kulat tersebut untuk dijadikan lauk makan tengahari. Setelah selesai menjemur padi, mereka pun mengutip kulat-kulat tersebut dengan gembira.


Setiba mereka adik-beradik di rumah. JARAH membahagi-bahagikan kerja kepada adik-adiknya, dan mulai memasak kulat tersebut. Mereka makan setelah JARAH siap memasak.


BEDOLAH yang gemar kulat mencedok sebanyak-banyaknya ke nasi sambil diperhatikan ZABIDAH yang meradang. JARAH menasihati BEDOLAH agar mengambil sedikit dahulu, bila ZABIDAH rasa JARAH berpihak padanya, dia merebut senduk dari BEDOLAH. BEDOLAH mengelak. Ketika itulah JARAH menyergah kedua-dua adiknya dan menyebabkan pinggan nasi BEDOLAH terjungkit kerana tertekan ZABIDAH yang terkejut. Nasi BEDOLAH dan lauk kulatnya tumpah ke bawah rumah dan dimakan oleh itik-itik dan ayam-ayam SUDIN.


BEDOLAH yang marah membaling senduk hingga kena kepala ZABIDAH. JARAH yang hilang sabar memulas telinga BEDOLAH menyebabkan BEDOLAH lari keluar. JARAH dan adik-adiknya makan tanpa mempedulikan BEDOLAH kerana pasti dia akan berhenti juga.


Setelah makan, JARAH mula menidurkan adiknya HANI. ZABIDAH pula mengemas dapur. . Mulanya ZABIDAH muntah dan tergolek di dapur. Tidak lama kemudian HANI muntah-muntah juga, daripada nasi dan kulat yang tidak hadam hinggalah muntah darah. Begitu juga ZABIDAH. JARAH yang panik hendak bangun mengambil air untuk adik-adiknya, dia mula terasa loya dan termuntah:


“Tangan JARAH belum dapat mencapai gayung. Dadanya mulai membara. Loya dan mual. Jarah mulai muntah. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat kali Jarah terduduk. Hani terjelepuk atas pahanya. Jarah muntah lagi. Muntah lagi. Jarah merasa sudah tidak ada tenaga lagi walau untuk mengangkat seruas jari. Lemah tubuhnya. Muntahnya memercik ke kepala Hani. Nasi dalam perutnya sudah keluar. Berlambak atas lantai buluh. Jatuh bawah rumah. Dimakan ayam dengan gegak. Dimakan itik dengan riuh rendah.


“Mak…


Suara Zabidah tersekat. Hani sudah lembik terkulai. Zabidah sudah tidak minta air lagi. Badan Jarah bergoncang setiap kali muntah. Muntah itu sudah tidak nasi lagi.,..


Jarah tersembam atas lantai buluh…..


Ms 121-122, Nasinya Tumpah-Fatimah Busu, Dewan Masyarakat 1972.dlm Suara Semusim.DBP.1974.






Seterusnya, SUDIN dan HALIMAH yang pulang disambut oleh tragedi kematian ketiga-tiga anak perempuannya, kecuali BEDOLAH yang nasinya tertumpah. Begitu juga dengan lima ekor ibu itik, empat ekor ibu ayam dan tiga belas ekor anak-anak ayamnya telah mati termakan kulat yang tumpah ke tanah.


“Kebun getah itu baru saja dibubuh racun lalang!” kata Pakcik Isa


“Nasib baik nasi Bedolah tumpah….”balas Tuk Hassan


“Pekerjaan Tuhan semuanya. Kalau sudah hendak rugi lari dalam peti besi pun rugi juga.”


Malam itu, jendela rumah keluarga miskin itu tidak bertabir. Malam itu ruang rumah petani miskin yang malang menciumi asap kemenyan dalam dupa maut.


Ms 124, Nasinya Tumpah-Fatimah Busu, Dewan Masyarakat 1972.dlm Suara Semusim.DBP.1974

22 comments:

  1. Ini cerpen favourite saya juga. Buah tangan terbaik orang lama.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Menarik la cerpen tragedi ni. Boleh la cuba baca cerpen penuh :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah jumpa cari cerpen ni. Utk bacaan ank bongsu sy Mubin.
    Sampai umur 52 saya masih terkesan sedih dgn garapan inim Sungguh hebat anugerah Allah swt kpd penulis ini.

    ReplyDelete
  5. cerpen yang masih saya ingat walaupun telah membacanya semasa disekolah rendah tahun 70an...dalam majalah utusan pelajar...

    ReplyDelete
  6. Selama hidup 42 tahun, 1st time baca cerita ni. Menarik

    ReplyDelete
  7. Sy pn mula baca cerpen ni masa sekolah rendah lg n maseh terkesan d hati sy wlu pn umur sy dh mencecah 60 tahun. Jln cerita yg simple tp penoh pengertian n pengorbanan serta ending yg amat2 menyentuh hati sesiapa yg membaca ny...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul..RTM pun pernah siarkan drama nie kat TV dulu masa sy kecik2..skrg dah umur 40 dah..mmg sangat menyentuh hati dan trajik citernye..

      Delete
    2. Sekarang ni sedang diulang siar... mytv 113...

      Delete
    3. Saya baru habis tonton. Marlia musa masa kecil.

      Delete
  8. Oo..rupanya cerpen pula ..pernah ditayangkan kat RTM sekitar ahkir taun 80an tak silap..masa tu masi umur kanak2 lg..cerita nie membuatkn kita trauma nak makan cendawan..mmg sedih ceritanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam baru keluar ulang tayang drama ni di myfreeview siaran 106. Lakonan marlia musa, norlua ramli dan razali buyong.
      Sedih ceritanya walaupun kualiti gambar tak berapa elok.

      Delete
    2. Betul. Sy pon baru tengok cerita ni semalam. Semua pelakon memegang watak dgn sgt baik. Naskah terbaik dari RTM 1986

      Delete
  9. Cerpen yang memberi suatu impak hingga ke hari ini walaupun sudah hampir 40 tahun.

    ReplyDelete
  10. Cerita ni diadaptasi ke drama sekitar tahun 1986 begitu lakonan marlia musa tak silap.Sampai sekarang tak pernah lupa marlia muntah darah sebab makan kulat tu.Masa tu aku memang takut makan segala jenis kulat atau cendawan .Dah dewasa baru mencuba tapi kurang la.

    ReplyDelete
  11. Drama adaptasi cerpen dbp lakonan marlia musa. Cerpen dan drama ini buat aku mengimbau kembali zaman aku kanak-kanak dulu, suka kutip kulat dan masak dengan daun cekur manis. Sedap!

    ReplyDelete
  12. Baru je tengahari tadi tonton drama ini di tv6. Walaupun sebuah drama lama, tapi kualiti lakonan semuanya padu!! Cuma Saya terpaksa mencari penamat cerita tersebut kerana sibuk ke dapur sehingga tak dapat tonton pengakhiran cerita tersebut. Apa pun terima kasih atas perkongsian cerpen ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Jom tonton lagi, cerita ulang tayang Nasinya Tumpah 1986 tv6 sekarang 🙂
      (31 Julai 2021 22:14)

      Delete
  13. Baru usai menonton siaran ulangan 'Nasinya Tumpah'di TV6 bersama anak anak. Tauladan buat anak anak.

    ReplyDelete
  14. saya pon baru tonton dgn anak2 d tv6 harini. dulu2 masa kecik takfaham pon

    ReplyDelete